Maklumat kalkulator faraid.
Kiraan awal diproses dalam pelayar. Nama Rumi atau samaran boleh digunakan dan nombor kad pengenalan tidak diperlukan. Apabila anda memilih menyediakan PDF, maklumat dihantar kepada pelayan untuk dikira semula dan laporan dijana. Laporan disimpan sementara dalam bentuk disulitkan bagi penyerahan dan pemulihan bayaran; ia bukan rekod kes pelanggan jangka panjang.
Kod akses dan bayaran.
Kod akses pesanan disimpan dalam sesi tab pelayar tanpa nama atau butiran keluarga. Anda boleh menyalin atau menyimpan kod tersebut untuk mendapatkan semula laporan. Jika memilih untuk membayar, nama, e-mel dan telefon pembayar dihantar kepada ToyyibPay bagi urusan bil dan resit. Pembayaran tidak melanggan newsletter secara automatik.
Tempoh akses.
Pesanan sebelum bayaran mempunyai tempoh persediaan dua jam. Selepas bayaran disahkan, muat turun dibuka selama 24 jam. Laporan sementara dalam bucket private tertakluk pada pemadaman lifecycle yang dikonfigurasi oleh pengendali. Data kes tidak dihantar ke analitik atau dimasukkan dalam URL.
Penanda bacaan pada peranti.
Jika anda memilih untuk menyimpan artikel, ID artikel sahaja disimpan dalam storan pelayar pada peranti anda. Ia tidak mengandungi maklumat si mati, aset atau ahli keluarga. Anda boleh membuang penanda melalui butang pada artikel atau memadam data laman dalam pelayar.
Perkhidmatan luar.
Pautan BacaVerse dan sumber rujukan membawa anda ke laman lain yang mempunyai amalan privasinya sendiri. Fon dimuatkan daripada Google Fonts. Hosting pratonton tertakluk pada kawalan akses dan operasi penyedia hos.
Fungsi yang akan datang.
Sebelum laporan, pembayaran atau newsletter dibuka, penerangan khusus tentang maklumat yang dikumpul, tujuan, tempoh penyimpanan dan cara mendapatkan bantuan perlu disediakan. Tiada persetujuan pemasaran dianggap telah diberikan melalui penggunaan pratonton ini.